KEIMANAN~
Iman ialah membenarkan dalam hati,diungkapkan dengan lisan,dilaksanakan dengan perbuatan. Dalam konsep dakwah,keimanan merupakan suatu elemen penting dalam mencapai satu tahap keabdian hamba yang paling tinggi.
Keimanan bukan suatu yang mudah untuk diraih dalam kehidupan ini. Ia memerlukan suatu pengorbanan dalam kehidupan seperti yang dilakukan oleh para sahabat dahulu. Para sahabat sentiasa mencontohi perlakuan,tingkah laku dan akhlak rasulullah. Mereka mengetahui segala perbuatan rasulullah adalah contoh terbaik dan merupakan contoh ahli syurga.
Disebabkan itu,keimanan mereka sangat kental. Sukar untuk digugat oleh nafsu serakah dan godaan syaitan dan iblis laknatullah. Walhal bertambah keimanan apabila sering diuji dengan pelbagai ujian dari Allah S.W.T. inilah contoh teladan keimanan yang hakiki.
Dalam mencari jalan dan lorong meningkatkan keimanan dalam diri,jalan yang patut ditempuhi adalah berpegang pada tali Allah dan menuruti segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangan -Nya. Mencontohi teladan Hadith yang menjadi sandaran hukum islam kedua selepas Al quran.
SEBAGAI INSAN,AKU SAYANG KEPADAMU.