Assalamualaikum.
Kita muhasabah sebaik mungkin. Sehingga kita sedar semua berpunca dari diri kita.
Permasalahan ini sudah semakin merebak. menjadi fitnah dalam kehidupan seorang muslim. bagaikan barah dalam daging yg mengakibatkan daging membusuk.
"Menjual agama demi meraih sebuah cinta manusia."
Betapa ramainya manusia dari golongan ini pada masa kini terjerumus dalam permasalahan ini.
Apa yang kita faham dari tajuk tersebut? 🤔
Betapa bodohnya manusia itu yang menjual agamanya kerana meraih cinta makhluk. Kerana menurut hawa nafsu, kita memalingkan wajah dua hala bila berbicara di khalayak, beriman. Bila bersendirian, menjadi kafir.
Kebodohan apakah ini??
Sesungguhnya cinta itu didefinisikan oleh para sufi bahawa cinta itu adalah Allah dan Allah adalah cinta. Segalanya adalah Allah. Pernahkah kita sedar betapa lemahnya agama kita? Pernahkah kita sedar bahawa Allah merindui kita sentiasa? Sedarkah kita betapa Allah memberikan kita agama sebagai suatu nikmat dan tanda cinta kepada kita?? 😨
Sedarkah kita??😰
Betapa ruginya kita menjual agama kerana beroleh keuntungan dunia semata mata. Dan al quran ada menukilkan bahawa golongan al kitab yang menjual agamanya kerana dunia adalah golongan yang rugi dan hina! 😰
Mahukah kita tergolong dari golongan yang hina? Kerana sedikit bisikan nafsu, kita palingkan wajah kita dari Allah. Betapa ruginya kita.😞
Rebutlah cinta Allah dan berpeganglah pada tali Allah iaitu islam supaya kita bersama bersyukur dan berada pada jalan yang benar. Rebutlah cinta Allah sebelum kita di pateri hati untuk menikmati cinta pencipta kita. Dan cinta makhluk itu akan terhapus bila mati memisahkan tapi tidak bagi cinta Allah yang kekal ke syurga selamanya. Dan cintai Allah maka cinta seterusnya akan datang menyusul tanpa kita duga.😃
Jadi saya menyeru diri saya dan sahabat lain bersama sama menguatkan jatidiri dan muhasabah bahawa tanpa islam, bau syurga itu kita tidak akan rasa apatah lagi melihatnya jauh sekali.
"Sebagai insan, saya sayang kepadamu."