Monday, 18 January 2016

Butakah kita?

Terlalu banyak peristiwa yang disaksikan.

Terlalu banyak konspirasi yang ditayangkan.

Terlalu banyak tangisan yang didengari.

Terlalu banyak kesengsaraan yang diperlihatkan.

"Palestin"
"Syria"
"Iraq"
"Mesir"

Kita kadangkala tersedar dan rasa insaf dengan semua penderitaan yang berlaku. Semangat islam yang ada dalam diri seakan bangkit seperti singa. Memberontak, berdemostrasi, berhimpun.

Namun....

Lama kelamaan, semangat itu pudar. Dan terus pudar dan lenyap.. semangat ini naik turun. Sangat menduka citakan. dunia yang kini telah dimanipulasikan oleh barat dan sekutunya menjadikan kebanyakkan negara islam berdiam diri. Mereka bijak memainkan peranan memanipulasi semua peristiwa yang berlaku di dunia ni.  Media massa, sosial, hiburan, ekonomi, politik, budaya, pengaruh dan pelbagai sumber lagi. kesemuanya mereka pegang dan menjadi sumber kekuatan mereka mengaburi mata dunia.

Dunia sekarang sudah buta mata bukan kerana sekadar terlalu asyik dengan segala kemewahan dunia malah mereka membutakan sendiri mata mereka kerana takut akan kehilangan sendiri kemewahan dari tangan mereka.

Kita?

Adakah sama membutakan mata kita atau masih jelas penglihatan mata hati kita?

Adakah kita masih punya kesedaran dalam diri kita untuk terus bangkit?

Renunglah zaman kegemilangan rasulullah dan para sahabat yang berjuang menegakkan syiar islam.

Renunglah zaman sultan salehuddin al ayyubi yang menyatukan umat islam yang berpecah dan merampas kembali palestin yang telah ditawan tentera salib.

Renunglah zaman keemasan kerajaan uthmaniah, sultan muhammad al fateh yang telah membuka kota konstatinople, kota terpenting kristian. yang kini dikenali

Pernahkah kita melihat perjuangan mereka?

kita Melihat tetapi adakah kita meneliti setiap pengorbanan yang mereka telah lakukan?

Sangat besar pengorbanan mereka!! semoga Allah S.W.T menempatkan mereka dikalangan orang soleh dan dikurniakan syurga buat mereka.

Kita yang hidup pada zaman ini? Apakah sumbangan yang kita berikan kepada dunia islam sendiri?

Realitinya.. kita telah pun buta dan tidak ramai yang sedar akan situasi ini. Kita telah pun dilenakan seperti bayi kecil yag didodoikan oleh seorang ibu.

Rasulullah telah bersabda,

"Berpeganglah kamu akan dua perkara ini. Pasti kamu tidak sesat selamanya iaitu al quran dan sunnahku."

Kita banyak mendengar hadith ni tapi apakah kita turuti hadith ini? Adakah sekadar dengar masuk telinga kanan keluar telinga kiri? Sadis betul hidup kita kalau begini. Sekadar tahu tapi tiada tindakan. sia-sia.

Kita nak negara islam tertegak tapi panduan islam kita tak amalkan. kegilaan apakah??

Sedarlah wahai muslimin!! Bangkit dari tidurmu!! korbankan apa yang kita ada untuk agama Allah.

Allah telah berjanji, jika kamu menolong agama Allah maka Allah akan menolong kamu dan menetapkan kedudukan kamu!

Jadi apa yang kita tunggu lagi? Apa yang kita nantikan? Semua medium sudah tersedia hanya tinggal melaksanakan.

wahai para muslimin sekalian, serahkanlah segala apa kita ada demi agama Allah kerana ganjarannya sangat besar di akhirat sana insyaallah. berjuanglah hingga ke titisan keringat yang terakhir.

Semoga Allah mengurniakan syurga buat mereka yang berjuang di jalan Allah. Aamiin..

sekian.

"SEBAGAI INSAN, SAYA SAYANG KEPADAMU."

Wednesday, 6 January 2016

Sirah itu sejarah

"Siapa yang melupakan sejarah, dia akan  mengulangi sejarah yang sama."

Kata-kata ini sering kita dengar sewaktu di bangku persekolahan menengah tetapi apakah ia menjadi pedoman kita?

Pernahkah kita mengingati kembali sejarah hidup kita?

Ramai orang cakap,
"Lupakanlah semua yang berlalu, ia tidak membawa manfaat pun.."

Ingat sahabat sekalian, melupakan apa yang berlalu bukan kita tidak ingat kejadian itu tetapi kita mengambil iktibar supaya tidak berlaku pada masa akan datang dan tidak memikirkan terlalu kritikal perkara tersebut.

orang yang pernah jatuh.

Orang yang pernah gagal dalam hidup.

Orang yang mempunyai sejarah hitam.

Tetapi..

Jika mereka bangkit mengambil iktibar dalam kehidupan mereka, percayalah mereka akan berubah ke arah lebih baik.

Catatan menunjukkan,

Rasulullah tidak pernah berputus asa menyebarkan dakwah ke seluruh manusia walaupun kebanyakan manusia sering menolak dakwah baginda. Sehingga sampai suatu hari manusia akhirnya menyambut dakwah baginda.

Suatu kisah, baginda pergi berdakwah ke penduduk thaif. malangnya, mereka menolak dakwah baginda malah mencaci dan menyiksa baginda dengan membaling batu kepada baginda sehingga kasut bagind penuh dengan darah.

Tetapi...

tahukah anda...

ketika baginda keluar dari bandar thaif, malaikat jibril turun ke bumi bertemu rasulullah dan bertanya, " ya rasulullah, adakah engkau mahukan bandar thaif itu diterbalikkan yang di atas berada di bawah? Aku boleh sahaja melakukannya. Arahkan sahaja aku."

Tahukah anda apa yang rasulullah jawab?
"Tidak perlu wahai jibril. Sesungguhnya mereka tidak mengetahui."

Subhanallah. Begitu hebat ketabahan rasulullah. Betapa rasulullah mengetahui bahawa suatu hari nanti penduduk thaif akan memeluk islam. Dan kini, sejarah membuktikan manusia di thaif memeluk agama islam dan thaif menjadi negara islam, kesemua penduduknya memeluk islam.

Ingatlah sejarah ketabahan rasulullah ini, dan banyak lagi kisah dan contoh tauladan yang rasulullah bawakan. Dengan segala kisah ini, bila kita ambil iktibar, insyaallah kita akan menjadi orang yang hebat.

Orang yang hebat, orang yang sentiasa mengambil iktibar dari masa lalu mereka. Sentiasa memperbaiki diri mereka ke arah lebih baik.

Selain itu, al quran itu sendiri merupakan sebuah kitab sejarah umat terdahulu yang Allah ceritakan kepada kita supaya kita ambil iktibar dan sentiasa beringat akan keagungan Allah dan azab Allah yang Allah timpakan kepada mereka yang ingkar.

Pepatah melayu ada menyatakan,
"Jadikan harini lebih baik dari semalam dan jadikan esok lebih baik dari harini."

"KEEP MOVING FORWARD AND NEVER GIVE UP."

Sekian.

"SEBAGAI INSAN, SAYA SAYANG KEPADAMU."