Saturday, 26 December 2015

Beruntungnya kita

بِسم الله الرَّحمَن الرَّحيم،

Sabda rasulullah S.A.W :

"Islam datang dalam keadaan terasing dan akan kembali terasing. Maka beruntunglah orang yang terasing."

Kita renungkan hadith ini dan maka benarlah apa yang sudah tertulis. Islam kini dalam keadaan terasing. Ajaran islam seakan suatu yang sangat asing bagi manusia bahkan umat islam sendiri.

Tidak perlu direnung bangsa dan negara lain. Ambil sahaja muslim di malaysia. muslim di malaysia kini kebanyakannya hanya islam pada kad pengenalan. Praktikal? Ajaran islam? Banyak ditinggalkan. Kejatuhan moral pada umat akhir zaman ini amat dahsyat. Terlalu banyak kemungkaran dan kemaksiatan yang berlaku bahkan tanpa segan silu yang memakai tudung dan yang memakai kopiah pun melakukan maksiat di khalayak.

Apakah islam itu hanya terletak pada hebatnya berpakaian??

Apakah islam itu hanya terletak pada luaran semata mata??

Renungkanlah wahai umat akhir zaman. muhasabahlah!! kebanyakan Umat islam kini semakin melupakan ajaran. sekadar memenuhi syarat mengucap syahadah tetapi solat, zakat, puasa, tunaikan haji tidak dilakukan.

Ulama ditinggalkan. al quran tidak dibaca bahkan dibiarkan berhabuk. Sunnah nabi dilupakan.

Kita mahukan kejayaan tetapi kita sendiri yang lari dari kejayaan dunia akhirat tanpa kita sedar.

Muhasabahlah wahai umat akhir zaman. Kita renungkan zaman kegemilangan umat terdahulu. Zaman rasulullah, zaman para sahabat, zaman para tabi' tabi'in. Contohilah mereka dan kembalikanlah zaman ini seperti zaman itu.

Maka beruntunglah bagi orang yang terasing di akhir zaman ini. orang yang mengamalkan ajaran islam bermula dalaman sehingga luaran. Yang takutkan Allah dan rasulNya. Yang menjaga iman dan takwanya dari diinjak.

Tidakkah kita patut bersyukur kepada bangsa Arab dan china yang bersusah payah menyebarkan dakwah kepada kita beribu tahun dahulu. Jika mereka tidak datang ke sini untuk berniaga dan menyebarkan islam. Apakah nasib kita bangsa melayu dan bangsa yang lain? Apakah agama kita? Bayangkan apa yang kita akan lakukan sekarang? Renungkan sedalamnya. Buka pintu hati seluasnya.

bersyukurlah islam itu sampai kepada kita. Membawa keamanan , mesej kedamaian dan kesejahteraan hidup dunia akhirat.

Beruntungnya kita!
Beruntungnya kita!
Beruntungnya kita!

Wahai umat akhir zaman, gengamlah agama islam ini dari pasaknya dan jangan lepaskan. jika kita tidak mahu sesat di dunia akhirat, Hiduplah di dunia ini berpandukan al-quran dan sunnah rasulullah. Sesungguhnya rahmat Allah itu luas meliputi langit dan bumi. Maka janganlah berputus asa dengan rahmat Allah.

wallahu'alam.

"SEBAGAI INSAN, SAYA SAYANG KEPADAMU."

Wednesday, 7 October 2015

"AKU SEORANG PENDOSA"

"PENDOSA"

manusia tidak lari daripada melakukan dosa dan kesilapan. Itulah namanya manusia. Tetapi sebagai seorang hamba kepada pencipta yang agung, kita diberi pilihan di dunia ini. pilihan yang menentukan kita tergolong dari kalangan soleh atau kufur.

Apakah itu pilihan untuk seorang manusia?

Prinsip hukum alam ini, kehidupan makhluk mempunyai pilihan.

"Antara baik atau jahat."
"Antara berjaya atau gagal."
"Antara pahala atau dosa."

Dan Allah berfirman di dalam al quran, maksudnya,
"Aku tidak mengubah sesuatu kaum melainkan mereka sendiri mengubah diri mereka."

Kebanyakkan manusia buta mata hati, celik kemewahan dunia semata mata sehingga menjadikan diri mereka boneka kepada dunia. Allah memberi kita pilihan untuk memilih antara kebaikan dan kejahatan tetapi manusia buta mata hati memilih kejahatan nafsu syahwat yang mencampakkan diri mereka ke dalam lembah kehinaan dan dosa. Dan manusia itu lalai dari amalan kebaikan mereka dan lena dalam keselesaan dosa dan maksiat. Sentiasa alpa mencari bekalan akhirat.

Adakah dunia merupakan tempat kita bercucuk tanam?
Ya kerana dunia ini bersifat fana bermaksud tidak kekal dan akan musnah. Dan oleh sebab itu, wujudnya syurga dan neraka di akhirat kelak sebagai tempat pembalasan. Kerana akhirat merupakan titik permulaan kehidupan kekal abadi. Dan dunia ini sebagai tempat bercucuk tanam mengumpul bekalan akhirat. Kerana itu dunia ini pasti musnah dan manusia itu mempunyai pilihan antara dosa dan pahala supaya manusia itu membawa bersamanya sama ada bekalan yang baik atau tangan kosong dengan pahala tetapi dipenuhi dengan kotoran dosa dan maksiat untuk dihadapkan kepada Allah S.W.T di akhirat kelak.

Apakah yang dimaksudkan manusia "si pendosa"?
kehidupan kita, seiring dengan nafsu dan iman. Dan manusia ini kebanyakkannya selalu menurut hawa nafsu. Nafsu yang menuntut kepuasan yang tidak pernah sesekali akan puas sehingga ke akhir hayat mahupun sampai ke hari kiamat.

Apa kaitan dengan "pendosa"?
Sebagai manusia, kita hidup sentiasa melakukan kesilapan dan kemaksiatan sama ada kita sedar mahupun tidak. Di sini fungsi taubat nasuha,taubat yang sebenar benar taubat. Kurniaan Allah dan kasihNya Allah kepada hambaNya. Allah tidak memerlukan kita tetapi kita sebenarnya yang memerlukan Allah.

Allah itu Maha Pengampun lagi Maha menerima taubat. Dan kita sebagai makhluk yang sangat kerdil sepantasnya memohon keampunan kepada Allah di atas segala keterlanjuran kita dalam melakukan kemaksiatan. Itulah kita sebagai seorang "pendosa". Sentiasa terbuka hati untuk bertaubat dan tidak akan mengulangi kemaksiatan lagi. Walaupun kita akan melakukan kesilapan dan kemungkaran, maka bertaubatlah selagi pintu taubat Allah itu masih terbuka luas.

Dan akhir kalam,saya selaku seorang "pendosa", mengajak pembaca semua bersama bertaubat dengan sebenar benar taubat dan sentiasa berusaha menjaga amal dan istiqamah serta menambah baik amalan dengan amalan-amalan soleh yang lain.

Wallahualam. Segala yang buruk datang dari Allah atas kelemahan saya sendiri dan segala yang baik itu datang dari Allah juga.

Sekian.

"SEBAGAI INSAN, SAYA SAYANG KEPADAMU."

Saturday, 19 September 2015

PENGAJIAN MALAYSIA


SESI JUN 2015

1)TAUFIQ RIDWAN BIN MASTOR
  23DEM15F1005
2)KU MUHAMMAD ZULFITRI BIN KU ZAHARI
   23DEM15F1008
3)KARTHIKKEYEN A\L CHANDRA SAGARAN
   23DEM15F1007



BAB 1: PENJAJAHAN KUASA ASING DI TANAH MELAYU



-SINOPSIS-

   Sinopsis sejarah era penjajahan kuasa asing di Tanah Melayu. Terdapat pelbagai kuasa asing yang menjajah tanah melayu sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka sehingga ke zaman pembentukan Malaysia iaitu Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun. Kesemua kuasa asing ini mempunyai tujuan dan agenda masing-masing. sehingga kini kesan penjajahan kuasa asing masih jelas kelihtan dari segala aspek.

    Pada tahun 1511, bermulanya era penjajahan kuasa asing di tanah melayu ketika zaman Kesultanan Melayu Melaka.  Kuasa asing yang menjajah Melaka ialah PortugisPemerintahan Portugis bertahan selama 130 tahun dari tahun 1511 sehingga 1641.  keluasan tanah jajahan Portugis melangkau seluruh melaka kecuali Naning dan Rembau kerana gagal untuk menakluk.

    Pada tahun 1641, Belanda mengambil alih tampuk pemerintahan dari Portugis di Melaka. Mereka hanya mahu menguasai perdagangan dan pusat perdagangan utama Belanda di Betawi(jakarta),Pulau Jawa. Belanda menguasai perdagangan rempah ratus dan bijih timah di negeri-negeri melayu.

  Pada tahun 1824, pemerintahan Inggeris mula bertapak kukuh di Tanah Melayu. British mula memasuki Tanah Melayu melalui Francis Light pada tahun 11 Ogos 1786 di Pulau Pinang. Kemudian, Inggeris melakukan perjanjian dengan Belanda yang dinamakan Perjanjian InggerisBelanda.Perjanjian ini memberikan Inggeris  kuasa untuk meluaskan jajahannya ke seluruh tanah melayu.

    Pada tahun 1941, Jepun datang ke tanah melayu untuk menjajah dan berselindung di sebalik slogan “Asia untuk orang Asia”. Dalam masa yang singkat, Jepun mampu menguasai Tanah Melayu. Akan tetapi, pada tahun 1945, Jepun telah menyerah kalah akibat kesan pengeboman bandar Hiroshima dan Nagasaki. Kemudian, British mengambil alih semula tampuk pemerintahan di Tanah Melayu selepas pengunduran Jepun.

  -PENGENALAN-

    Pada tahun 1941, Jepun datang ke tanah melayu untuk menjajah dan berselindung di sebalik slogan “Asia untuk orang Asia”. Dalam masa yang singkat, Jepun mampu menguasai Tanah Melayu. Akan tetapi, pada tahun 1945, Jepun telah menyerah kalah akibat kesan pengeboman bandar Hiroshima dan Nagasaki. Kemudian, British mengambil alih semula tampuk pemerintahan di Tanah Melayu selepas pengunduran Jepun.

    Apabila dunia Eropah mula terdedah dengan aktiviti penerokaan,penjelajahan dan penjajahan,Tanah Melayu turut menjadi tumpuan kuasa Barat. Sememangnya penjelajahan bermula pada abad ke-15,pelayaran orang Eropah ketika itu yang diketuai oleh Barth Olomew Diaz ke tanjung harapan di Benua Afrika pada tahun 1488 dan Vasca Da Gama di Kalitat pada tahun 1498.

    Penemuan ini membuka ruang kepada India dengan membuka loji perdagangan di Cochin dari menawan Goa pada tahun 1510 manakala Alfonso De Albuquerque dilantik sebagai Wizurai Portugis di India sebelum menawan Kota Melaka pada tahun 1511. sejarah telah membuktikan bahawa British telah menduduki tanah air kita ini lebih dari 150 tahun sebelum wujudnya perelmbagaan di negara kita.

     Walaubagaimanapun, masyarakat negara ini telah menyedari bahawa Tanah Melayu juga telah dijajah oleh pendudukan kuasa-kuasa asing seperti  Portugis(1511-1641),  Belanda(1641-1824),  British(1824-1957),  Jepun(1941-1945).


-PERSOALAN KAJIAN-

  vApakah faktor-faktor penjajahan kuasa asing         di Tanah Melayu?                       
   vApakah kesan-kesan penjajahan kuasa asing              di Tanah Melayu?


-    -OBJEKTIF KAJIAN-

  vMengenal pasti faktor-faktor penjajahan kuasa asing di Tanah Melayu.  
   vMengetahui kesan-kesan penjajahan kuasa asing di Tanah    Melayu.



 (FAKTOR PENJAJAHAN KUASA ASING DI TANAH MELAYU)

   Antara faktor penjajahan kuasa asing di Tanah Melayu ialah masalah yang berlaku di negeri-negeri melayu iaitu pertelingkahan yang berlaku di negeri Perak kerana perebutan takhta antara raja. selain itu, perubahan politik dan dasar britain atas campur tangan kuasa asing. banyak kuasa asing yang ingin meluaskan kuasa dan pengaruh mereka antaranya Rusia, Perancis, dan Jerman. lain daripada itu, penyebaran agama kristian yang dilakukan mubaligh kristian di Tanah Melayu. Semua mubaligh kristian di Tanah Melayu disamping kepentingan ekonomi. keperluan barang mentah yang banyak untuk kegiatan perindustrian yang sedang membangun di Eropah. Tanah Melayu menjadi tempat untuk mengembangkan pasaran dan pelaburan British. Pengembangan dasar kapitalisme dalam pembangunan British. Semua dasar itu mampu meningkatkan ekonomi British.


(KESAN PENJAJAHAN KUASA ASING DI TANAH MELAYU)

     Antara kesan penjajahan kuasa asing di Tanah Melayu ialah munculnya semangat kebangsaan dalam diri rakyat Tanah Melayu. Orang melayu mula bersatu apabila menyedari Tanah Melayu dijajah oleh kuasa asing. Selain itu, berkembangnya sekolah-sekolah vernakular melayu dan inggeris. lain daripada itu, berkembangnya sektor kesihatan serta luar bandar. Munculnya masyarakat majmuk yang terdiri daripada melayu,cina dan india. Tambahan pula, wujudnya kawasan bandar. tinggalan monumen bersejarah di setiap negeri di Tanah Melayu. Berlaku jurang ekonomi yang sangat luas antara kaum. ekonomi di Tanah Melayu terbahagi kepada 2 bahagian iaitu ekonomi tradisi dan ekonomi perdagangan. Berlaku pengurangan kuasa pemerintahan kepada Raja dan pemimpin di Tanah Melayu. Terlalu banyak imigran masuk ke Tanah Melayu kerana dasar british. Pengenalan sistem residen british. Setiap negeri mempunyai residen British yang mengawal urusan negeri kecuali urusan keagamaan dan adat istiadat. Kepadatan penduduk Tanah Melayu akibat imigran yang terlalu ramai sehingga melebihi orang melayu. Pendidikan vernakular yang memecahkan perpaduan kaum serta mengetepikan orang melayu.


-PERNYATAAN MASALAH-

   Masyarakat kini semakin hari semakin melupakan sejarah negara akibat disibukkan dengan kemajuan teknologi terutamanya golongan remaja yang celik IT tetapi sejarah negara antaranya penjajahan kuasa asing di Tanah Melayu dilupakan atau tidak ketahui langsung. Terdapat  pelbagai tokoh pada masa kini banyak mengeluarkan hasil karya tentang penjelajahan kuasa asing di Tanah Melayu untuk dijadikan bahan rujukan dan bacaan untuk rakyat Malaysia masa kini.
    Namun, golongan remaja pada masa kini masih tidak mengetahui tentang sejarah penjajahan kuasa asing di Tanah Melayu. Oleh itu, kami akan membuat kaji selidik  masalah yang berlaku pada masyarakat kini yang tidak mengetahui tentang sejarah penjajahan kuasa asing di Tanah Melayu supaya masyarakat kini terutama golongan remaja mengetahui sejarah negara dan timbul kesedaran untuk mendalami sejarah negara.

-METODOLOGI & BATASAN KAJIAN-

  vKajian perpustakaan
  = mencari bahan kajian untuk soal selidik kajian mengenai  penjajahan kuasa asing di Tanah Melayu melalui pencarian bahan di perpustakaan. Pencarian maklumat dalam bentuk hasil karya  tokoh, laman sesawang, dan sebagainya.


-KEPENTINGAN KAJIAN-


  vTerhadap diri
 =mengetahui sejarah negara dengan lebih terperinci mengenai penjajahan kuasa asing. Oleh itu,Sentiasa berusaha meningkatkan potensi diri untuk kemajuan negara bagi mengelakkan sejarah yang sama berulang kembali.


  vTerhadap masyarakat
  = masyarakat berjiwa nasiolisme mampu dibentuk untuk mempertahankan negara dari kuasa asing. Mampu mengelak setiap bentuk penjajahan sama ada berbentuk peperangan senjata mahupun peperangan saraf.

   
   vTerhadap Negara
   = membina negara yang maju dan berdaya saing dengan negara maju lain. Selain itu, Negara akan kekal aman dan sentosa tanpa sebarang bentuk penjajahan.