"Siapa yang melupakan sejarah, dia akan mengulangi sejarah yang sama."
Kata-kata ini sering kita dengar sewaktu di bangku persekolahan menengah tetapi apakah ia menjadi pedoman kita?
Pernahkah kita mengingati kembali sejarah hidup kita?
Ramai orang cakap,
"Lupakanlah semua yang berlalu, ia tidak membawa manfaat pun.."
Ingat sahabat sekalian, melupakan apa yang berlalu bukan kita tidak ingat kejadian itu tetapi kita mengambil iktibar supaya tidak berlaku pada masa akan datang dan tidak memikirkan terlalu kritikal perkara tersebut.
orang yang pernah jatuh.
Orang yang pernah gagal dalam hidup.
Orang yang mempunyai sejarah hitam.
Tetapi..
Jika mereka bangkit mengambil iktibar dalam kehidupan mereka, percayalah mereka akan berubah ke arah lebih baik.
Catatan menunjukkan,
Rasulullah tidak pernah berputus asa menyebarkan dakwah ke seluruh manusia walaupun kebanyakan manusia sering menolak dakwah baginda. Sehingga sampai suatu hari manusia akhirnya menyambut dakwah baginda.
Suatu kisah, baginda pergi berdakwah ke penduduk thaif. malangnya, mereka menolak dakwah baginda malah mencaci dan menyiksa baginda dengan membaling batu kepada baginda sehingga kasut bagind penuh dengan darah.
Tetapi...
tahukah anda...
ketika baginda keluar dari bandar thaif, malaikat jibril turun ke bumi bertemu rasulullah dan bertanya, " ya rasulullah, adakah engkau mahukan bandar thaif itu diterbalikkan yang di atas berada di bawah? Aku boleh sahaja melakukannya. Arahkan sahaja aku."
Tahukah anda apa yang rasulullah jawab?
"Tidak perlu wahai jibril. Sesungguhnya mereka tidak mengetahui."
Subhanallah. Begitu hebat ketabahan rasulullah. Betapa rasulullah mengetahui bahawa suatu hari nanti penduduk thaif akan memeluk islam. Dan kini, sejarah membuktikan manusia di thaif memeluk agama islam dan thaif menjadi negara islam, kesemua penduduknya memeluk islam.
Ingatlah sejarah ketabahan rasulullah ini, dan banyak lagi kisah dan contoh tauladan yang rasulullah bawakan. Dengan segala kisah ini, bila kita ambil iktibar, insyaallah kita akan menjadi orang yang hebat.
Orang yang hebat, orang yang sentiasa mengambil iktibar dari masa lalu mereka. Sentiasa memperbaiki diri mereka ke arah lebih baik.
Selain itu, al quran itu sendiri merupakan sebuah kitab sejarah umat terdahulu yang Allah ceritakan kepada kita supaya kita ambil iktibar dan sentiasa beringat akan keagungan Allah dan azab Allah yang Allah timpakan kepada mereka yang ingkar.
Pepatah melayu ada menyatakan,
"Jadikan harini lebih baik dari semalam dan jadikan esok lebih baik dari harini."
"KEEP MOVING FORWARD AND NEVER GIVE UP."
Sekian.
"SEBAGAI INSAN, SAYA SAYANG KEPADAMU."
No comments:
Post a Comment