Thursday, 7 May 2015

UJIAN, DUGAAN & CABARAN

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani.

Andai kesabaran itu menjadi ukuran dalam menempuh dugaan, bahawa kesabaran para anbiya tiada bandingan. Dugaan ini bersifat sementara. Walau sesusah mana pun, sepayah mana pun. Allah tetap tidak menguji hambaNya dengan sesuatu yang tidak mampu hambaNya menanggungnya.

"Apabila Allah mendatangkan ujian untukmu janganlah mengeluh, sesungguhnya Allah sangat rindu mendengar rintihan hambaNya."

Semakin kita dewasa, menjejak ke usia remaja. Kemudian, gagah melangkah ke alam kedewasaan. Sepanjang perjalanan, banyak rintangan,halangan,dugaan dan cabaran yang dihadapi. Setiap suatu itu memberikan kita kekuatan serta pengalaman berharga untuk kehidupan kita pada masa akan datang.

Allah berfirman di dalam Al-quran maksudnya:
"Setiap kesusahan pasti akan diiringi kesenangan di akhirnya."

Ujian itu mematangkan diri kita juga. Matang bukan pada usia dan paras fizikal. Kematangan seseorang itu dinilai berdasarkan cara pemikiran seseorang dalam mengendalikan sesuatu perkara,masalah. Oleh itu, kematangan itu dinilai dalam bentuk pemikiran terutama ketika diuji sesuatu masalah.

Oleh itu, wahai sahabat-sahabatku, usahlah bimbang dan putus asa bila diuji,sesungguhnya Allah Maha berkuasa lagi Maha Mengetahui. Berputus asa itu bukan ciri-ciri seorang mukmin. Mukmin itu sentiasa kuat kerana Allah S.W.T sentiasa bersama orang beriman. Sentiasa taat dan sujud pada yang Maha Esa iaitu Allah S.W.T.

Sekian.

"Sebagai insan, aku sayang kepadamu."

No comments:

Post a Comment