SESI JUN 2015
1)TAUFIQ RIDWAN BIN MASTOR
23DEM15F1005
2)KU MUHAMMAD ZULFITRI BIN KU ZAHARI
23DEM15F1008
3)KARTHIKKEYEN A\L CHANDRA SAGARAN
23DEM15F1007
BAB 1: PENJAJAHAN KUASA ASING DI TANAH MELAYU
-SINOPSIS-
Sinopsis sejarah era penjajahan kuasa asing di Tanah Melayu. Terdapat pelbagai kuasa asing yang menjajah tanah melayu sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka sehingga ke zaman pembentukan Malaysia iaitu Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun. Kesemua kuasa asing ini mempunyai tujuan dan agenda masing-masing. sehingga kini kesan penjajahan kuasa asing masih jelas kelihtan dari segala aspek.
Pada tahun 1511, bermulanya era penjajahan kuasa asing di tanah melayu ketika zaman Kesultanan Melayu Melaka. Kuasa asing yang menjajah Melaka ialah Portugis. Pemerintahan Portugis bertahan selama 130 tahun dari tahun 1511 sehingga 1641. keluasan tanah jajahan Portugis melangkau seluruh melaka kecuali Naning dan Rembau kerana gagal untuk menakluk.
Pada tahun 1641, Belanda mengambil alih tampuk pemerintahan dari Portugis di Melaka. Mereka hanya mahu menguasai perdagangan dan pusat perdagangan utama Belanda di Betawi(jakarta),Pulau Jawa. Belanda menguasai perdagangan rempah ratus dan bijih timah di negeri-negeri melayu.
Pada tahun 1824, pemerintahan Inggeris mula bertapak kukuh di Tanah Melayu. British mula memasuki Tanah Melayu melalui Francis Light pada tahun 11 Ogos 1786 di Pulau Pinang. Kemudian, Inggeris melakukan perjanjian dengan Belanda yang dinamakan Perjanjian Inggeris – Belanda.Perjanjian ini memberikan Inggeris kuasa untuk meluaskan jajahannya ke seluruh tanah melayu.
Pada tahun 1941, Jepun datang ke tanah melayu untuk menjajah dan berselindung di sebalik slogan “Asia untuk orang Asia”. Dalam masa yang singkat, Jepun mampu menguasai Tanah Melayu. Akan tetapi, pada tahun 1945, Jepun telah menyerah kalah akibat kesan pengeboman bandar Hiroshima dan Nagasaki. Kemudian, British mengambil alih semula tampuk pemerintahan di Tanah Melayu selepas pengunduran Jepun.
-PENGENALAN-
Pada tahun 1941, Jepun datang ke tanah melayu untuk menjajah dan berselindung di sebalik slogan “Asia untuk orang Asia”. Dalam masa yang singkat, Jepun mampu menguasai Tanah Melayu. Akan tetapi, pada tahun 1945, Jepun telah menyerah kalah akibat kesan pengeboman bandar Hiroshima dan Nagasaki. Kemudian, British mengambil alih semula tampuk pemerintahan di Tanah Melayu selepas pengunduran Jepun.
Apabila dunia Eropah mula terdedah dengan aktiviti penerokaan,penjelajahan dan penjajahan,Tanah Melayu turut menjadi tumpuan kuasa Barat. Sememangnya penjelajahan bermula pada abad ke-15,pelayaran orang Eropah ketika itu yang diketuai oleh Barth Olomew Diaz ke tanjung harapan di Benua Afrika pada tahun 1488 dan Vasca Da Gama di Kalitat pada tahun 1498.
Penemuan ini membuka ruang kepada India dengan membuka loji perdagangan di Cochin dari menawan Goa pada tahun 1510 manakala Alfonso De Albuquerque dilantik sebagai Wizurai Portugis di India sebelum menawan Kota Melaka pada tahun 1511. sejarah telah membuktikan bahawa British telah menduduki tanah air kita ini lebih dari 150 tahun sebelum wujudnya perelmbagaan di negara kita.
Walaubagaimanapun, masyarakat negara ini telah menyedari bahawa Tanah Melayu juga telah dijajah oleh pendudukan kuasa-kuasa asing seperti Portugis(1511-1641), Belanda(1641-1824), British(1824-1957), Jepun(1941-1945).
-PERSOALAN KAJIAN-
vApakah faktor-faktor penjajahan kuasa asing di Tanah Melayu?
vApakah kesan-kesan penjajahan kuasa asing di Tanah Melayu?
- -OBJEKTIF KAJIAN-
vMengenal pasti faktor-faktor penjajahan kuasa asing di Tanah Melayu.
vMengetahui kesan-kesan penjajahan kuasa asing di Tanah Melayu.
(FAKTOR PENJAJAHAN KUASA ASING DI TANAH MELAYU)
(KESAN PENJAJAHAN KUASA ASING DI TANAH MELAYU)
Antara kesan penjajahan kuasa asing di Tanah Melayu ialah munculnya semangat kebangsaan dalam diri rakyat Tanah Melayu. Orang melayu mula bersatu apabila menyedari Tanah Melayu dijajah oleh kuasa asing. Selain itu, berkembangnya sekolah-sekolah vernakular melayu dan inggeris. lain daripada itu, berkembangnya sektor kesihatan serta luar bandar. Munculnya masyarakat majmuk yang terdiri daripada melayu,cina dan india. Tambahan pula, wujudnya kawasan bandar. tinggalan monumen bersejarah di setiap negeri di Tanah Melayu. Berlaku jurang ekonomi yang sangat luas antara kaum. ekonomi di Tanah Melayu terbahagi kepada 2 bahagian iaitu ekonomi tradisi dan ekonomi perdagangan. Berlaku pengurangan kuasa pemerintahan kepada Raja dan pemimpin di Tanah Melayu. Terlalu banyak imigran masuk ke Tanah Melayu kerana dasar british. Pengenalan sistem residen british. Setiap negeri mempunyai residen British yang mengawal urusan negeri kecuali urusan keagamaan dan adat istiadat. Kepadatan penduduk Tanah Melayu akibat imigran yang terlalu ramai sehingga melebihi orang melayu. Pendidikan vernakular yang memecahkan perpaduan kaum serta mengetepikan orang melayu.
Masyarakat kini semakin hari semakin melupakan sejarah negara akibat disibukkan dengan kemajuan teknologi terutamanya golongan remaja yang celik IT tetapi sejarah negara antaranya penjajahan kuasa asing di Tanah Melayu dilupakan atau tidak ketahui langsung. Terdapat pelbagai tokoh pada masa kini banyak mengeluarkan hasil karya tentang penjelajahan kuasa asing di Tanah Melayu untuk dijadikan bahan rujukan dan bacaan untuk rakyat Malaysia masa kini.
-METODOLOGI & BATASAN KAJIAN-
vKajian perpustakaan
= mencari bahan kajian untuk soal selidik kajian mengenai penjajahan kuasa asing di Tanah Melayu melalui pencarian bahan di perpustakaan. Pencarian maklumat dalam bentuk hasil karya
tokoh,
laman
sesawang, dan sebagainya.
-KEPENTINGAN KAJIAN-
vTerhadap diri
=mengetahui sejarah negara dengan lebih terperinci mengenai penjajahan kuasa asing. Oleh itu,Sentiasa berusaha meningkatkan potensi diri untuk kemajuan negara bagi mengelakkan sejarah yang sama
berulang kembali.vTerhadap masyarakat
=
masyarakat berjiwa nasiolisme mampu dibentuk untuk mempertahankan negara dari kuasa asing. Mampu mengelak setiap bentuk penjajahan sama ada berbentuk peperangan senjata mahupun peperangan saraf.
vTerhadap Negara
= membina negara yang maju
dan
berdaya saing dengan negara maju lain. Selain itu, Negara akan
kekal
aman
dan
sentosa tanpa sebarang bentuk penjajahan.
No comments:
Post a Comment