بِسم الله الرَّحمَن الرَّحيم،
Sabda rasulullah S.A.W :
"Islam datang dalam keadaan terasing dan akan kembali terasing. Maka beruntunglah orang yang terasing."
Kita renungkan hadith ini dan maka benarlah apa yang sudah tertulis. Islam kini dalam keadaan terasing. Ajaran islam seakan suatu yang sangat asing bagi manusia bahkan umat islam sendiri.
Tidak perlu direnung bangsa dan negara lain. Ambil sahaja muslim di malaysia. muslim di malaysia kini kebanyakannya hanya islam pada kad pengenalan. Praktikal? Ajaran islam? Banyak ditinggalkan. Kejatuhan moral pada umat akhir zaman ini amat dahsyat. Terlalu banyak kemungkaran dan kemaksiatan yang berlaku bahkan tanpa segan silu yang memakai tudung dan yang memakai kopiah pun melakukan maksiat di khalayak.
Apakah islam itu hanya terletak pada hebatnya berpakaian??
Apakah islam itu hanya terletak pada luaran semata mata??
Renungkanlah wahai umat akhir zaman. muhasabahlah!! kebanyakan Umat islam kini semakin melupakan ajaran. sekadar memenuhi syarat mengucap syahadah tetapi solat, zakat, puasa, tunaikan haji tidak dilakukan.
Ulama ditinggalkan. al quran tidak dibaca bahkan dibiarkan berhabuk. Sunnah nabi dilupakan.
Kita mahukan kejayaan tetapi kita sendiri yang lari dari kejayaan dunia akhirat tanpa kita sedar.
Muhasabahlah wahai umat akhir zaman. Kita renungkan zaman kegemilangan umat terdahulu. Zaman rasulullah, zaman para sahabat, zaman para tabi' tabi'in. Contohilah mereka dan kembalikanlah zaman ini seperti zaman itu.
Maka beruntunglah bagi orang yang terasing di akhir zaman ini. orang yang mengamalkan ajaran islam bermula dalaman sehingga luaran. Yang takutkan Allah dan rasulNya. Yang menjaga iman dan takwanya dari diinjak.
Tidakkah kita patut bersyukur kepada bangsa Arab dan china yang bersusah payah menyebarkan dakwah kepada kita beribu tahun dahulu. Jika mereka tidak datang ke sini untuk berniaga dan menyebarkan islam. Apakah nasib kita bangsa melayu dan bangsa yang lain? Apakah agama kita? Bayangkan apa yang kita akan lakukan sekarang? Renungkan sedalamnya. Buka pintu hati seluasnya.
bersyukurlah islam itu sampai kepada kita. Membawa keamanan , mesej kedamaian dan kesejahteraan hidup dunia akhirat.
Beruntungnya kita!
Beruntungnya kita!
Beruntungnya kita!
Wahai umat akhir zaman, gengamlah agama islam ini dari pasaknya dan jangan lepaskan. jika kita tidak mahu sesat di dunia akhirat, Hiduplah di dunia ini berpandukan al-quran dan sunnah rasulullah. Sesungguhnya rahmat Allah itu luas meliputi langit dan bumi. Maka janganlah berputus asa dengan rahmat Allah.
wallahu'alam.
"SEBAGAI INSAN, SAYA SAYANG KEPADAMU."
No comments:
Post a Comment