Friday, 12 February 2016

Background agama


"Eh, dia tu bukan budak sekolah agama ke?"

"Eh dia tu pakai kopiah tapi pakai baju ketat lambang tengkorak."

"Tudung je labuh tapi pakai seluar jeans, baju ketat."

Pernah ke kita mendengar ayat2 macam ni? Agak cliche tapi Sangat padu dan mendalam. mungkin bagi sesetengah orang tak ambil kisah benda remeh macam ni. Tapi untuk seseorang yang berfikiran agama, bagi mereka malu dengan keadaan ini. Kerana seakan menjadi fitnah masyarakat kepada golongan agama oleh sebahagian dalam umat islam yang mempunyai latar belakang agama.

Kepada mereka yang mempunyai latar belakang agama. Jaga peribadi dan imej diri. "Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga."

Menjadi trend terkini umat islam memakai jubah, niqab dan hijab. Tidak dinafikan itu semua bagus dan baik tetapi perlu diketahui niat tidak menghalalkan cara. Jika kita berniat nak sebarkan syiar penutupan aurat tetapi fesyen itu tidak menepati syariah islam. Itu salah! Bukan sahaja pemakai mendapat dosa, pereka tersebut pun mendapat dosa.

Begitu juga trend terkini, pemakai niqab dikatakan muslimah dan menjaga diri tetapi memakai pakaian ketat dan sendat yang menampakkan aurat di badan.

Astaghfirullah! Kegilaan apakah ini??

Kebanyakkan si pemakai adalah dari background agama. Ini semua suatu fitnah kepada umat islam. Jadi sama- sama kita berubah ke arah lebih baik.

Kepada yang berlatar belakangkan agama. Sepatutnya kita kena menjadi contoh kepada orang lain. Bukan bersikap begini. Mencemarkan akhlak.

Tunjuklah betapa indahnya islam itu. Bukan sekadar menjadi halwa telinga orang tetapi bukti itu ada untuk ditunjukkan.

Berubah kerana Allah bukan kerana manusia dan makhluk lain.

*Sebagai Insan, Saya Sayang Kepadamu.

No comments:

Post a Comment