Bismillah~
Kita seringkali menyangka setiap kenikmatan yang kita rasa ini milik kita selamanya tetapi tidakkah kita ketahui bahawa setiap rezeki Allah beri kepada kita mempunyai bahagian orang lain.
disebabkan itu, rezeki patut dikongsi bersama dan tidak terlalu tamak dan haloba menikmati seorang diri.
Rezeki Allah kurniakan terlalu banyak dan dalam pelbagai bentuk. Ada dalam bentuk kekayaan harta. Kesihatan. Ketenangan. Kemiskinan. Dan banyak perkara yang Allah beri kepada kita,itulah rezeki untuk kita dan juga berdasarkan usaha dan tawakkal kita.
Mana mungkin kita mampu mengatakan rezeki itu 100% dari usaha kita kerana semua yang kita ada ini hak milik kekal Allah SWT dan dipinjamkan kepada kita. Allah boleh menarik kembali semua rezeki kita dalam sekelip mata jika kita bukan dikalangan orang yang bersyukur. Pokoknya bersyukur di setiap perkara kerana setiap perkara yang kita perolehi itu merupakan yang terbaik untuk kita.
Allah berfirman di dalam al quran:
Maksudnya: " jika kamu mengingati Aku, Aku akan mengingati kamu semua maka bersyukurlah dan jangan kufur." (Al baqarah)
Di setiap kesyukuran itu akan menjadikan kita seorang yang sangat pemurah dan dermawan. Kerana kita yakin jika kita beryukur, berkongsi dan bersabar maka Allah akn tambah dan lipat gandakan lebih banyak dari apa yang kita ada sekarang. Insyaallah.
No comments:
Post a Comment