Thursday, 24 March 2016

Kita serupa tiada beza

"Kau budak agama buat macam ni??"

"Eh kau budak biasa mana tahu benda cmni, sesat ni!"

"Takkan budak agama tak tahu??"

"Takkan budak sklh biasa boleh cakap agama??"

Sering terdengar perbualan begini? 🤔

Apa beza budak agama dengan budak biasa sebenarnya???

Jawapannya tiada beza kerana islamnya seseorang itu bukan dimanakah dia bersekolah. Berlatar belakang keluarga ulama besar. Atau sebagainya.

Islam itu agama yang perlu kita amalkan dan pelajari. Agama islam itu menerapkan manusia untuk kita pelajarinya dan amatinya dan amalkan. Islam itu mengajar kita siapa mahu agama dan bersungguh, dia akan dapat.🙂

Sejauh manapun kita bersekolah agama dan setinggi manapun orang lihat kita. Jika agama itu bukan menjadi sandaran, kita bukanlah golongan beragama tetapi manusia biasa.

Pernah dengar banyak pengkaji saintis al quran masuk islam? Adakah mereka golongan beragama kebanyakkannya?

"Tidak."

Mereka semua mengkaji dan semua kajian mereka menarik mereka masuk islam. Dan ini merupakan bukti dan sandaran bahawa agama itu bukan berdasarkan dimanakah kita bersekolah dahulu.

Jangan menilai orang dengan masa silam mereka. Kita tidak tahu sejauh mana perubahan dia memahami agama itu.

Banyak kita lihat pelajar yang berpendidikan Akademik semata mata sains dan sastera mampu memahami agama dan mengamalkan dalam kehidupan mereka. Betapa susah mereka mencari tempat untuk mereka berguru dengan para ulama hanya kerana keiginan mereka. Tiada perasaan malu dalam diri mereka kerana cintakan ilmu agama.

Dan banyak juga kita lihat, pelajar yang berpendidikan agama meninggalkan agama selepas keluar dari sistem pembelajaran. Golongan ini sangat rugi!! Allah lorongkan mereka memahami agam lebih dari yang lain tetapi mereka siakan. Semoga Allah memberi hidayah kepada hati2 ini. Dan hindarkan saya dari tergolong dalam golongan ini. Nauzubillah.😣

Melihat dengan mata hati  siapa mereka pada harini bukan melihat masa silam mereka yang tidak kita fahami selain dia.

Teruskan berjuang menegakkan agama Allah. Walau kita berbeza latar belakang tetapi tujuan kita satu.

"Menuju syurga Allah semata mata."

Buang yang keruh ambil yang jernih. Selamat menghadam dan juga selamat beramal!!

"Sebagai insan, saya sayang kepadamu."

No comments:

Post a Comment