"PENDOSA"
manusia tidak lari daripada melakukan dosa dan kesilapan. Itulah namanya manusia. Tetapi sebagai seorang hamba kepada pencipta yang agung, kita diberi pilihan di dunia ini. pilihan yang menentukan kita tergolong dari kalangan soleh atau kufur.
Apakah itu pilihan untuk seorang manusia?
Prinsip hukum alam ini, kehidupan makhluk mempunyai pilihan.
"Antara baik atau jahat."
"Antara berjaya atau gagal."
"Antara pahala atau dosa."
Dan Allah berfirman di dalam al quran, maksudnya,
"Aku tidak mengubah sesuatu kaum melainkan mereka sendiri mengubah diri mereka."
Kebanyakkan manusia buta mata hati, celik kemewahan dunia semata mata sehingga menjadikan diri mereka boneka kepada dunia. Allah memberi kita pilihan untuk memilih antara kebaikan dan kejahatan tetapi manusia buta mata hati memilih kejahatan nafsu syahwat yang mencampakkan diri mereka ke dalam lembah kehinaan dan dosa. Dan manusia itu lalai dari amalan kebaikan mereka dan lena dalam keselesaan dosa dan maksiat. Sentiasa alpa mencari bekalan akhirat.
Adakah dunia merupakan tempat kita bercucuk tanam?
Ya kerana dunia ini bersifat fana bermaksud tidak kekal dan akan musnah. Dan oleh sebab itu, wujudnya syurga dan neraka di akhirat kelak sebagai tempat pembalasan. Kerana akhirat merupakan titik permulaan kehidupan kekal abadi. Dan dunia ini sebagai tempat bercucuk tanam mengumpul bekalan akhirat. Kerana itu dunia ini pasti musnah dan manusia itu mempunyai pilihan antara dosa dan pahala supaya manusia itu membawa bersamanya sama ada bekalan yang baik atau tangan kosong dengan pahala tetapi dipenuhi dengan kotoran dosa dan maksiat untuk dihadapkan kepada Allah S.W.T di akhirat kelak.
Apakah yang dimaksudkan manusia "si pendosa"?
kehidupan kita, seiring dengan nafsu dan iman. Dan manusia ini kebanyakkannya selalu menurut hawa nafsu. Nafsu yang menuntut kepuasan yang tidak pernah sesekali akan puas sehingga ke akhir hayat mahupun sampai ke hari kiamat.
Apa kaitan dengan "pendosa"?
Sebagai manusia, kita hidup sentiasa melakukan kesilapan dan kemaksiatan sama ada kita sedar mahupun tidak. Di sini fungsi taubat nasuha,taubat yang sebenar benar taubat. Kurniaan Allah dan kasihNya Allah kepada hambaNya. Allah tidak memerlukan kita tetapi kita sebenarnya yang memerlukan Allah.
Allah itu Maha Pengampun lagi Maha menerima taubat. Dan kita sebagai makhluk yang sangat kerdil sepantasnya memohon keampunan kepada Allah di atas segala keterlanjuran kita dalam melakukan kemaksiatan. Itulah kita sebagai seorang "pendosa". Sentiasa terbuka hati untuk bertaubat dan tidak akan mengulangi kemaksiatan lagi. Walaupun kita akan melakukan kesilapan dan kemungkaran, maka bertaubatlah selagi pintu taubat Allah itu masih terbuka luas.
Dan akhir kalam,saya selaku seorang "pendosa", mengajak pembaca semua bersama bertaubat dengan sebenar benar taubat dan sentiasa berusaha menjaga amal dan istiqamah serta menambah baik amalan dengan amalan-amalan soleh yang lain.
Wallahualam. Segala yang buruk datang dari Allah atas kelemahan saya sendiri dan segala yang baik itu datang dari Allah juga.
Sekian.
"SEBAGAI INSAN, SAYA SAYANG KEPADAMU."
No comments:
Post a Comment